Wednesday, July 6, 2011

bila papa teringin nak makan sushi..

Assalammualaikum w.b.t..

Menu hari ni papa nak makan sushi.. Waa senang je orang tu orderkan.. papa call petang tu nak makan sushi.. jadi dah ada prepare sikit-sikit barang nak buat sushi.. akhirnya malam ni ku buat dan jadi.. puaslah siang tu anum tengok video kat yahoo.. cara-cara nak buat sushi.. manalah anum tahu nak buat.. tapi orait lah.. hajat papa anum tunaikan .. haa makan lah sushi tu sampai kembong perut..

Ini gelagat dan aksi kami anak beranak mengadap hidangan sushi sedulang penuh .. anum buat menggunakan 2 cawan nasi sushi, timun jepun 2 batang, sosej ayam rebus 3 batang, telur dadar 3 biji.. dan inilah hasilnya.. 7 role batang sushi.. yang dah siap di potong. makan dengan wasabi ni..mau berair mata dan bergas la hidung tu.. hehehe.. selerakan tengok orang tu makan sushi..



hai si abang ni pun sebelum makan tanya dulu ingredient kat dalam sushi ni.. " mama ni apa ni, jawab anum sushi la abang.. makan lah.. tapi si abang ni tak puas hati lagi bertanya.. "apa dia ni.. siap tunjuk lagi.. hahaha.. oo ni mama letak telur dadar lah abang.. " dan puas hati bertanya nak tahu dia buat apa.. dia makan telur je.. sushi yang bernasi tu dia letak tepi.. hai.. sayang penat mama gulung kat dapur tadi..
si adam pulak nak makan nasi sushi je.. ok lah janji ada makan sikit kan.. tapi makan ala jepun ni kita boleh pelbagaikan ikut selera kita, letak sardin ke, sambal tumis bilis atau apa2 saja.. haa next time anum nak guna serunding daging.. hehehe.. best juga.. tapi tak panggil sushi jepun la.. sushi melayu..

ni pulak gambar selepas selesai kami mengadap sepinggan sushi..

jumpa lagi wassalammualaikum.

2 comments:

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Owh....dimanja2kan lak adik jantan ni...mmm thanks anum, sbb jaga eddy and anak2 dgn baik.....:) I'm happy if u're happy....

hanum hassim said...

sama-sama k.mas.. i'm so happy with my family.. anum harap kak mas pun happy dan bahagia selalu k.