Wednesday, July 13, 2011

Ayam Masak Bali.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni anum kena tulis resepi pulak.. my beautiful sister in law nak cuba resepi simple ni.. my mom recipe..

Ayam Masak Bali.

Bahan-bahan (4-6 orang)
Ayam setengah ekor atau ikut bil.orang yang makan
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil Kicap pekat
2 sudu kecil Kerisik
2 sudu kecil cili boh
2 sudu besar santan/ susu pekat
sekeping Asam keping
sehelai daun pandan
Minyak masak
Garam
Gula
Pak aji secukup rasa

Cara-cara
  1. Kisar/tumbuk bawang besar, bawang putih, ketumbar dan jintan kasar.
  2. Gaulkan bahan yang dikisar/tumbuk bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
  3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
  4. Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun pandan, kerisik, cili boh, susu pekat/santan dan asam keping.
  5. Masukkan garam,gula dan pak aji secukup rasa.
  6. Siap untuk dihidangkan.
  7. untuk nampak lebih menarik taburkan dengan cili merah yang di hiris..
oklah simple dan cepat.. buat my beautiful sister in law, selamat mencuba ye..

wassalammualaikum..

2 comments:

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Assalamualaikumwbh hanum...thanks so mucccccccccccccccch for the recipe....xsabor nak wat..minggu ni nanti kak mas wat n share dlm blog buleh?:)

Owh....seme ok n sihat?? Mmmm tak sabar nak jumpa raya ni, salam syg kat semua...

Pssst: Adik ipar kak mas ni haaaaa yg cute mute....:))

hanum hassim said...

Waalaikumussalam kak ipar ku.. hehehe.. alhamdulilah kami sume sihat di sini.. haa post ye.. mana tahu kalau akak buat lagi special gitu.. anum buat biasa2 je.. krim salam kat a.ipar kita tu.. hahaha.. makin montel lah yek balik raya nanti..balik malaysia kena timbang..hehehe.. jumpa lagi.