Friday, October 21, 2011

happy birthday anak mama!

Assalammualaikum..

Hari ni merupakan hari lahir anak anum darwisy danish yang ke 3tahun..
alhamdulilah cepatnya masa berlalu dan darwisy pun dah makin petah berkata-kata.. hehe
kadang2 sampai dah tak larat telinga ni dengar.. umur budak masa ni kan tengah nak tanya serba serbi.. bercerita dunia imaginasi diaorang lah katakan..

hai.. masa ni masa nak didik anak betul2 ajar dia mengaji iqra, dengar bacaan quran, cakap hal yang elok2.. dan kalau boleh kurangkan bagi diorang dengar musik2 yang kuat2.. tak baik untuk telinga maa... hehhee

Apa2 si adik nya pun apa kurang nya.. adik darwisy 'kuat merajuk' papa dia dok tudung jari kat mama le.. 'hai ikut perangai sapa..' yelah2 tang yang x best dengar tu kat mama eak.. yang good2 tu papa je.. huhu

Berbalik pasal si birthday boy ni.. malam sebelum tu kami ada gak tanya darwisy..

P: " besok hari jadi abang ( darwisy), abang nak hadiah apa??"

BB :" abang nak Biskut Rocky la." pastu dia gelak

kami pun tergelak gak kejap.. biar betul..?

Korang mungkin dah tahu kan biskut rocky tu macam mana kan.. ala biskut jejari celup ngan coklat tu.. dan ada gak perisa lain .. kat kedai 7eleven pun ada jual.

Sejak dua menjak ni biskut tu yang jadi favorite dia.. hai pantang pergi kedai.. " mama, abang ambik biskut rocky ni k.." pandai pulak cari tempat biskut tu..heheh layan jelah..

jadi BB ( Birthday Boy ) pun bukan main melompat suka.. abang nak makan sume lah x nak bagi kat adik.. jadi nak tak nak beli lah dua.. kang berebut pulak..

malam tapi selepas ambik mummy ( k.ipar anum) dari airport, kami celebrate BB ni kat Mcdonald.. layan lah makan dia , main dia ni.. dia pun makan banyak.. fries, nugget, Mcflury, dan ais cream . anum ada snap gambar malam tapi kawan2 layan je lah k..


Nanti anum upload gambar lagi.. dari hp papa dia pun ada.. hehe.. jumpa lagi semua..
wassalammualaikum.

Monday, October 17, 2011

akan mula bekerja..

Assalammualaikum..

Alhamdulilah.. selepas hampir 2 tahun 'berehat' dari bekerja. insyallah anum akan mula bekerja kembali

Berkat doa mak abah dan keluarga semua..amin. terima kasih semua..
dahulu anum 'berehat' sebentar kerana anak sulung anum darwisy ada masalah kesihatan, dan selepas anak anum keluar hospital.. anum pula di sahkan mengandung 2 bulan .. alhamdulilah rezeki.. selepas bersalin, anum menjaga dan membesarkan anak-anak anum sendiri.. serta menguruskan hal rumah tangga, anak-anak dan suami..

Dalam tempoh tak bekerja @ berehat ni anum isi masa dengan melakukan perkara yang dapat membantu anum dan keluarga pada masa akan datang..
cuba meringankan kos sara hidup ni.. macam-macam anum cuba.. tapi x berhasil.. jadi anum cuba lagi dengan memohon untuk bekerja..
anum dapat banyak tawaran interview.. pernah dulu anum dah dapat satu tawaran kerja di sunway mas.. tapi atas faktor keadaan anak dan keluarga tidak mengizinkan anum menolak dengan hormat dan seribu kemaafan.. anum selalu berserah dan berdoa mungkin Allah mahu memberikan anum tempat yang lebih baik lagi.. insyallah..

Pada 4hb okt. anum di panggil lagi interview satu company di Pertaling Jaya.. dan di sanalah episod baru bermula.. pertama kali interview anum diberikan kertas untuk menjawab ujian yang di berikan oleh syarikat berkenaan.. ramai yang datang mencuba nasib.. ada lelaki dan juga perempuan.. mereka sama hebat dalam menjawab ujian ni.. ujian pertama Autocad, kedua matametik , ketiga soal IQ test dan keempat ujian Mic.Excel

Entah apalah anum jawab semasa di sana.. anum cuba jawab dan masa yang diberikan selama 3 jam, anum gunakan sebaiknya..
soalan pertama: ok
soalan kedua: boleh ke tak ni?
soalan ketiga: ehmm betul ke tak anum jawab tadi..
soalan keempat: 'mak tolong along!!' (anum menjerit dalam hati) mana lah anum biasa dengan mic.Excel ni.. hehehe

dan selepas siap menjawab ujian tu.. anum keluar ofis dalam keadaan semangat down sikit la.. tadi datang dengan energy 100% balik rumah energy tinggal 45%

kemudian pada 11hb anum dipanggil untuk 2nd interview.. alhmdulilah..kali ni oral interview pulak lah. jumpa orang dari company tu, manage tentang salary, waktu bekerja dll

dan selang beberapa hari pulak nya anum kena panggil balik dari company yg sama untuk buat test skill pulak.. jadi anum pergi dan siapkan test yang telah mereka sediakan.. alhamdulilah.. selesai sudah dan anum ucapkan terima kasih dan pulang..

pada hari jumaat baru ni.. anum Call dari HR.. alhamdulilah.. anum sudah pun diterima bekerja.. insyallah awal bulan depan.. sekarang anum sedang menguruskan anak untuk hantar ke taska berhampiran..dan menunggu surat tawaran bekerja di sana..

Alhamdulilah.. terima kasih Ya Allah dan terima kasih Mak Abah..dan keluarga kerana mendoakan nya..

Sunday, October 16, 2011

bercuti bersama family di pulau pangkor

Assalammualaikum..

pada hari cuti 1Malaysia baru2 ni anum dan keluarga sempat mengikuti parent anum pulang ke kampung iaitu di Kg. teluk bakong perak.
memang seronok dan lain rasanya beraya di bandar dan kampung.. kebetulan pada masa tu ada musim raya aidilfitri lagi jadi kami melawat sanak saudara di sana..
jadi dengan masa yang terhad kami pergi jalan-jalan di pulau pangkor..

ini kali pertama anum dan family pergi sana.. anak-anak pun teruja naik feri penambang yang di sediakan..

murah, cepat dan selamat..

murah: tambang sorang pergi balik RM 10 (dewasa) dan kanak-kanak bawa 5 tahun free
cepat : sebab feri ada selang 10 minit
selamat : sebab ada safety yang di utamakan..

kenderaan di sana untuk di sewa pun banyak.. ada van, kereta dan motor..
makanan seafood pun murah kerana kebanyakan penduduk di sana adalah nelayan dan mereka juga ada menjual hasil tangkapan yang di keringkan dan di proses untuk dijual kepada pengunjung yang datang..

pulau pangkor ni kalau ronda sepulau sehari pun dah boleh, bukan apa sebab pulau pangkor ni kecik.. sesat.. hehehe.. tak mungkinlah.. sebang kot mana kita pergi pun pusing-pusing jumpa jalan yang sama juga..
tapi yang pasti masa kami di sana terhad.. jadi insyallah akan pergi ke sana lagi..

sekian wassalam..

si comel adam

Assalammualaikum..

Hai blogger, hari ni anum nak kongsikan video gelagat anak anum yang comel ni.. anum yang memang seronok melayan kerenah anak-anak ni.. saksikanlah..

video

adam memang suka bermain dan sekarang anak anum dah berumur setahun 3 bulan.. alhamdulilah anak anum membesar dengan lincah dan sihat..
ok jumpa lagi di lain post..
wassalam

Monday, October 10, 2011

adam dan ais cream.

Assalammualaikum semua..

Hari ni anum nak berkongsi gambar ceria anak anum adam..
pada minggu lalu akak ipar dan adik ipar anum datang ke rumah. mereka ada urusan di sini jadi diorang tinggal di rumah kami beberapa hari..selepas dinner kami makan dessert la pulak jadi
malam tu mommy (k.ipar ) anum belikan ais cream.. waa beraya lah anak-anak anum ni.. lebih2 lagi si kecik ni..

nak tahu kenapa??
jom tengok aksi si adam ni dengan ais cream.

.

dan akhirnya tido.. hihihi.. keletihan main ngan ais cream ni.. makan sambil main lah katakan.. mama bagi semangkuk kecil.. mangkuk ke mana, ais cream pun habis cair di meja..
papa kata biarkan lah.. mommy dan che de gelak dan snap picture buat kenangan untuk Tokpa dan Tokma di kampung..
hai sayang kalau Opah dan Atuk tengok ni.. mesti mereka pun tersenyum juga..

Oklah buat semua, semoga happy selalu dan ceriakan diri anda dengan ais cream seperti my adam ni..
Wassalammualaikum.