Monday, October 17, 2011

akan mula bekerja..

Assalammualaikum..

Alhamdulilah.. selepas hampir 2 tahun 'berehat' dari bekerja. insyallah anum akan mula bekerja kembali

Berkat doa mak abah dan keluarga semua..amin. terima kasih semua..
dahulu anum 'berehat' sebentar kerana anak sulung anum darwisy ada masalah kesihatan, dan selepas anak anum keluar hospital.. anum pula di sahkan mengandung 2 bulan .. alhamdulilah rezeki.. selepas bersalin, anum menjaga dan membesarkan anak-anak anum sendiri.. serta menguruskan hal rumah tangga, anak-anak dan suami..

Dalam tempoh tak bekerja @ berehat ni anum isi masa dengan melakukan perkara yang dapat membantu anum dan keluarga pada masa akan datang..
cuba meringankan kos sara hidup ni.. macam-macam anum cuba.. tapi x berhasil.. jadi anum cuba lagi dengan memohon untuk bekerja..
anum dapat banyak tawaran interview.. pernah dulu anum dah dapat satu tawaran kerja di sunway mas.. tapi atas faktor keadaan anak dan keluarga tidak mengizinkan anum menolak dengan hormat dan seribu kemaafan.. anum selalu berserah dan berdoa mungkin Allah mahu memberikan anum tempat yang lebih baik lagi.. insyallah..

Pada 4hb okt. anum di panggil lagi interview satu company di Pertaling Jaya.. dan di sanalah episod baru bermula.. pertama kali interview anum diberikan kertas untuk menjawab ujian yang di berikan oleh syarikat berkenaan.. ramai yang datang mencuba nasib.. ada lelaki dan juga perempuan.. mereka sama hebat dalam menjawab ujian ni.. ujian pertama Autocad, kedua matametik , ketiga soal IQ test dan keempat ujian Mic.Excel

Entah apalah anum jawab semasa di sana.. anum cuba jawab dan masa yang diberikan selama 3 jam, anum gunakan sebaiknya..
soalan pertama: ok
soalan kedua: boleh ke tak ni?
soalan ketiga: ehmm betul ke tak anum jawab tadi..
soalan keempat: 'mak tolong along!!' (anum menjerit dalam hati) mana lah anum biasa dengan mic.Excel ni.. hehehe

dan selepas siap menjawab ujian tu.. anum keluar ofis dalam keadaan semangat down sikit la.. tadi datang dengan energy 100% balik rumah energy tinggal 45%

kemudian pada 11hb anum dipanggil untuk 2nd interview.. alhmdulilah..kali ni oral interview pulak lah. jumpa orang dari company tu, manage tentang salary, waktu bekerja dll

dan selang beberapa hari pulak nya anum kena panggil balik dari company yg sama untuk buat test skill pulak.. jadi anum pergi dan siapkan test yang telah mereka sediakan.. alhamdulilah.. selesai sudah dan anum ucapkan terima kasih dan pulang..

pada hari jumaat baru ni.. anum Call dari HR.. alhamdulilah.. anum sudah pun diterima bekerja.. insyallah awal bulan depan.. sekarang anum sedang menguruskan anak untuk hantar ke taska berhampiran..dan menunggu surat tawaran bekerja di sana..

Alhamdulilah.. terima kasih Ya Allah dan terima kasih Mak Abah..dan keluarga kerana mendoakan nya..

6 comments:

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Alhamdulillah, Tahniah Anum...:)

Smg Allah swt mudahkan perjalanan kehidupan anum n eddy sekeluarga.....:)

salmie said...

Salam anak mak,,Alhamdullah moga berkerja dengan rajin iklas dan berdoa rezeki menjadi ibadah dan berkah sekeluarga..amin

My Family said...

Alhamdulillah...Usaha tangga kejayaan...Berusaha, doa, pasrah dan tawakal...yang lain terserah kepada ALLAH S.W.T...

hanum hassim said...

kak mas:

terima kasih kak mas insyallah Semoga allah permudahkan segalanya amin

hanum hassim said...

emak:

alhamdulilah mak, berkat doa mak abah dan asik2 along ni.. berkat malam lailatul qatar.. insyallah along janji akan bekerja dengan ikhlas dan rajin.. doakanlah along semoga berjaya ye mak.. sayang mak!

hanum hassim said...

assalammualaikum kak,

terima kasih.. insyallah anum akan berusaha dan terus berdoa kepas Allah kerana memudahkan anum mendapat rezeki ni.. terima kasih kak kerana sudi singgah di blog kerdil ni..