Friday, October 21, 2011

happy birthday anak mama!

Assalammualaikum..

Hari ni merupakan hari lahir anak anum darwisy danish yang ke 3tahun..
alhamdulilah cepatnya masa berlalu dan darwisy pun dah makin petah berkata-kata.. hehe
kadang2 sampai dah tak larat telinga ni dengar.. umur budak masa ni kan tengah nak tanya serba serbi.. bercerita dunia imaginasi diaorang lah katakan..

hai.. masa ni masa nak didik anak betul2 ajar dia mengaji iqra, dengar bacaan quran, cakap hal yang elok2.. dan kalau boleh kurangkan bagi diorang dengar musik2 yang kuat2.. tak baik untuk telinga maa... hehhee

Apa2 si adik nya pun apa kurang nya.. adik darwisy 'kuat merajuk' papa dia dok tudung jari kat mama le.. 'hai ikut perangai sapa..' yelah2 tang yang x best dengar tu kat mama eak.. yang good2 tu papa je.. huhu

Berbalik pasal si birthday boy ni.. malam sebelum tu kami ada gak tanya darwisy..

P: " besok hari jadi abang ( darwisy), abang nak hadiah apa??"

BB :" abang nak Biskut Rocky la." pastu dia gelak

kami pun tergelak gak kejap.. biar betul..?

Korang mungkin dah tahu kan biskut rocky tu macam mana kan.. ala biskut jejari celup ngan coklat tu.. dan ada gak perisa lain .. kat kedai 7eleven pun ada jual.

Sejak dua menjak ni biskut tu yang jadi favorite dia.. hai pantang pergi kedai.. " mama, abang ambik biskut rocky ni k.." pandai pulak cari tempat biskut tu..heheh layan jelah..

jadi BB ( Birthday Boy ) pun bukan main melompat suka.. abang nak makan sume lah x nak bagi kat adik.. jadi nak tak nak beli lah dua.. kang berebut pulak..

malam tapi selepas ambik mummy ( k.ipar anum) dari airport, kami celebrate BB ni kat Mcdonald.. layan lah makan dia , main dia ni.. dia pun makan banyak.. fries, nugget, Mcflury, dan ais cream . anum ada snap gambar malam tapi kawan2 layan je lah k..


Nanti anum upload gambar lagi.. dari hp papa dia pun ada.. hehe.. jumpa lagi semua..
wassalammualaikum.

2 comments:

intan morsalin said...

epy bday darwisy..smoga jadi anak soleh n jadi pelindung utk adik2 yer...

hanum hassim said...

terima kasih aunty intan..