Tuesday, May 24, 2011

bila adam dah tumbuh gigi..

Assalamualaikum w.b.t
hari post blog cerita tentang my little ones Adam Danish..
alhamdulilah.. dia baru tumbuh gigi.. tapi sepanjang tempoh ni dia tak dal demam ke ataupun nangis.. alhamdulilah.. anum cuma sedar bila dia start mengigit bantal, barang mainan dan yang pasti masa anum dukung dia.. adoi.. tak da semena-mena nya anum kena gigit kat bahu.. adoi.. sakitnya mama adam.

Tapi dia tetap cute as always.. dengan senyum nya dan ketawa yang mencuit hati..
jom tengok gigi adam ni.. mama saja snap.. buat kenangan sebelum gigi adam tumbuh penuh nanti macam si abang darwisy Danish.

sekarang gigi adam dah tumbuh 6 batang. 4 dibahagian atas dan 2 dibahagian bawah.
okeylah.. jumpa lagi di lain blog..
wassalammualaikum

sama tampan dan sama comel..

Assalammualaikum w.b.t
Topik hari ni memang menarik tapi bukan nak masuk bakul angkat sendiri lah.. alhamdulilah.. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada anum anak-anak yang sihat, comel, handsome dan lincah..

Kehadiran dua insan yang menjadi penyeri dan kunci kebahagiaan kami sekeluarga iaitu Muhammad Darwisy Danish dan muhammad Adam Danish



Tengok senyuman diaorang pun hati anum dah tenang..
sejuk mata memandang..

Memang anak-anak anum ni lincah dan membesar dengan cepat, kalau dulu masa diorang ni masih bayi.. hati ini sangat takut dan berfikir mampu ke anum nak membawa si kecil ni ke dunia yang penuh panca roba dan kepahitan dan mampu ke anum menjadi mama yang terbaik untuk anak-anak anum ni.. tapi berkat doa dari ibubapa anum dan suami.. anum dan eddy mampu membesarkan anak-anak kami ini dengan aman sejahtera dan penuh kasih sayang.. terima kasih buat mak, abah, mama dan papa..

Terlalu pantas masa berlalu..

Baru seketika anum rasakan perut yang sedang membesar dan anum membawa mereka selama mereka ada dalam rahim ini,

Baru seketika anum rasakan peritnya rasa sakit se
masa bersalin..

Baru seketika anum rasakan sedang belai dan menyusukan mereka di saat anak-anak ini menangis lapar dan meminta susu..

Dari lahirnya masih merah, lemah dan tak mampu berkata-kata, kini mereka mampu menyebut atau memanggil nama mama dan papa, meminta itu dan ini.. bertanya apa dan mengapa.. dan yang pasti mereka mulakan langkah pertama di bumi Allah ini.. menjejak kaki di rumput nan hijau.. bermain air dan pasir .. ehmm sungguh takjub dan bersyukur anum kepada kekuasaan yang Maha Esa ni.. terima kasih Ya Allah..


Darwisy dan Adam
gambar masa umur sehari..



Darwisy dan Adam
gambar terkini

jumpa lagi..
wassalammualaikum.. w.b.t

let go play a kites.!

Assalamualaikum w.b.t
Seperti yang dijanjikan pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga meluangkan masa bermain layang-layang di Taman layang-layang Kepong Selangor..
Suasana dan cuaca yang menarik tu membuatkan anak-anak kami teruja bermain dan melihat aksi layang-layang orang ramai yang berkunjung di sana..walupun nak parking kereta susah.. ramai antara pengunjung di sana sanggup parking kereta di luar kawasan taman ni.. jadi termasuk le kami parking kereta di luar..

Tengok jelah ragam anak beranak ni.. nak naik kan layang-layang pun susah, alasan papa.. kat tempat kita x ada angin la.. orang ramai la main layang-layang kat sini.. hehehe.. tapi kalu betul-betul tengok layang layang kami ni.. pelik kan.. hahaha.. nak tahu kenapa??
Layang -layang darwisy ni gambar kuda belang.. hai sayang.. kuda belang mana boleh terbang.. huhuhu.. buat penat je papa berlari sana sini nak terbangkan layang-layang si abang.. si adiknya pula memerhatikan saja gelagat si abang dan papa bermain layang-layang..



dan dua beranak ni pula leka melihat layang-layang orang ramai yang terbang.. memang happening lah petang tu.. teringat pulak masa kami sekeluarga main layang-layang di Pantai Teluk Lipat dulu.. bersama-sama adik beradik suami dan saudaranya..



bestnya masa tu. tapi masa ni adam xda lagi.. insyallah bila balik kampung nanti ke.. nak ajak adik-adik anum atau eddy pergi main layang-layang di tepi pantai lagi.. tengok jelah aksi mommy dan aisy bersusah payang naikkan layang-layang Ben 10 tu..
semoga kawan-kawan juga ada masa untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.. jumpa lagi ye.
wassalammualaikum.

my kids playground..

Assalammualaikum..

kalau nak membesarkan anak-anak ni.. rumah memang tak dapat nak cantik2 atau erti kata rumah yang kemas dan teratur..
lebih-lebih lagi jika kita ada anak-anak kecil yang sedang membesar ni..

Kali ini anum buka topik tentang 'my kids playground..'
anum dan suami cuba menyediakan ruang yang selamat dan aman untuk diorang ni bermain..yelah kalau ada anak lelaki.. permainan yang menjadi pilihan tentunya kereta mainan.. blok lego dan apa saja yang mampu dipegang dan pusing serta berbunyi..
jadi salah satu sudut didalam ruang tamu ini anum reserve sebagai My Kids Playground..


memang seronok melayan kerenah diorang ni masa bermain.. tapi faham-faham jelah si abangnya memang pandai bab-bab menyepahkan barang mainan ni.. si adiknya pula ikut je rentak abang..
mana mampu dicapai dan pegang itulah dia main.. tapi kalu dua-dua ni dapat barang mainan yang satu .. hai berebut la jawabnya.. sampai menjerit2 adik bila barang yang dipegang tu di rampas oleh si abang..
si abang nya pulak asyik cakap.." adik, abang nak barang ni.." kalu dengar si adik tu menangis.." mama pulak keluar ayat macam ni.." darwisy.. kalu nak barang mainan dengan adik ini mintak baik2.. jangan berebut la.. nanti mama simpan dua-dua tak dapat main.."

hehehe.. penat campur gembira bila tengok gelagat anak-anak anum yang makin membesar dan bijak..
bila dua-dua asyik bermain, mama senang hati dan boleh la buat kerja rumah..

nanti bila korang ni ada anak (single) dan bagi yang dah ada anak ( married) mesti seronok kan.. dan yang pasti.. hanya ini yang akan tinggal dalam memori kita semasa kita tua kelak.. memori yang tak akan luput sampai bila2..
kerana mereka membesar dari kecil hanya sekali dan masa seperti ini amat anum hargai..

jumpa lagi wassalammualaikum..


Sepetang di Pantai Remis Kuala Selangor

Assalamualaikum w.b.t

Pada hujung minggu ni kami bawa anak-anak ke Pantai Remis Kuala Selangor..
papa kata petang ni jom kita mbik angin kat pantai.. haa apa lagi bersiaplah kami anak beranak petang tu..

Pantai Remis biasanya penuh dengan orang ramai yang mahu bermain layang-layang ataupun menikmati kerang bakar atau makanan laut segar yang ada di situ.. dan biasanya yang kita boleh dapati di sini ialah kerana makanan kekerang nya yang banyak.. siput, kerang, remis, dan lala.. anum dan suami pun pergi ke sana sebab nak ambik angin pantai. haha.. tapi jangan lah marah ye.. kalau kita di tempat orang.. Pantai Remis ni tak dah sebesar pantai Teluk lipat atau Pantai Sura di Dungun tau pun seperti Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu.. memang lain lah angin bayu yang anum rasa ni.. rasa macam alhamdulilah.. bersyukur kami lahir dan datang dari pantai timur..




Jadi.. petang tu kami nikmati angin petang dan papa pula order kerang bakar.. anum x makan kerang sebab alegi dengan makan seafood.. eddy pulak suka mengusik anum ruginya orang tu xdapat makan sotong, kerang, udang.. dan lain-lain lagi.. ehmm xpelah dan rezeki papa lah tu..

selepas tu kami berjalan-jalan di kawasan sekitar.. lewat petang baru pulang.. darwisy nak main layang-layang jadi mungkin next time la kami bawak dia pergi main.. oklah jumpa lagi di lain blog
wassalamualaikum.

Taman Burung Tasik Perdana,kl

Assalamualaikum w.b.t

Pada masa hujung minggu yang lalu . kami bawa darwisy dan adam bersiar-siar di Taman Burung Tasik Perdana.. tiket masuk untuk dewasa RM 20 seorang, jadi anak-anak anum percuma sebab kecik lagi kan..memang seronok melihat pelbagai jenis burung ni.. anak-anak pun suka sebab teruja xpernah tengok burung sedekat ni..
Tengok jelah gelagat adam dan darwisy ni..kepenatan berjalan di kawasan sekitar.. dahaganya mama papa.. hehe nak air..



Bahagianya bila kita ada keluarga, berjalan bersama.. bermain dan melayan kerenah anak-anak ni.. ragam merekalah penghibur hati keluarga kami

Gelagat anak burung yang jinak..




memang jinak.. masa ni kami mula-mula tiba kat sana, burung-burung ni sombong.. nak dekat pun tak mahu.. kemudian penjaga burung tiba dan bagitahu kami masa ni bagi burung makan.. dan kami pun cubalah..anak-anak burung ni makan kuaci dan minum susu.. cuma bayar RM2 je.. selepas tu apa lagi kami tiba-tiba di kelilingi dengan puluhan anak burung nuri ni.. adam dan darwisy masa ni mamang takut sebab burung tu lapar semacam je.. hahaha.. papa pun terkejut jugak sebab bila bagi anak burung ni susu haa banyak pulak yang datang hinggap kat tangan dia. Anum bukannya apa bimbangkan anak-anak anum je takut kena kuku burung yang tajam ni..

ada satu masa tu burung tu hinggap kat kepala darwisy.. menjerit ketakutan dia ni.. hehehe lepas tu nangis nak kuar.. "abang takut burung tu mama.. dia nak ambik darwisy.."

masa ni papa dia dok mengusik darwisy dengan burung.. fobia kejap.. " papa, abang takut burung ni.."



Penatnya jalan..
kepenatan berjalan di dalam taman burung ni.. kami berehat di kerusi batu.. whaa panas lagi campur penat berjalan.. habis lenguh-lenguh kaki tangan ni dok soh kira lah.. dukung si adam lagi dan abang nya pulak.. jalan sikit papa dukung darwisy.. haa lagi satu nak bagi tahu, kalau nak pergi sana bawalah bekalan air minum sendiri ye.. sebab makanan dan minuman di dalam taman burung ni harganya dua kali ganda dari kedai luar..
kemudian last place kami tengok aktiviti kat dalam taman ni bird show.. sementara tunggu show bermula kami bermain di taman permainan yang berhampiran..


selepas bird show.. kami pun mula bertolak pulang.. pengalaman dan dengan peluang masa yang kami ada ni kami penuhi dengan membawa anak-anak berjalan sambil belajar, menghayati akan keindahan dan kekuasaan yang Allah ciptakan untuk hambanya.. dan terima kasih kepada suamiku kerana meluangkan masa untuk kami.. i love you.

Thursday, May 12, 2011

my family visit.

Assalammualaikum w.b.t

Selepas beberapa hari family suami anum balik.. keluarga kami diceriakan kembali dengan kehadiran family anum pulak.. kali ni mak abah datang bersama-sama anim dan xketinggalan ejum.
mak abah dan anim bertolak dari dungun ke Kuala Lumpur dengan bas pada malam khamis 28/04/11


29/04/11- jumaat pagi..

Alhamdulilah.. mak abah dan anim selamat sampai ke Kuala Lumpur di Hentian Putra.. pagi tu ejum ambik dengan kereta dia.. jadi selepas hantar ejum balik ke kg. baru. mak abah dan anim terus bertolak ke rumah anum. kebetulan malam tadi hujan lebat sangat dan paginya eddy ( my husband ) kuar rumah awal untuk bekerja.. hujan lebat sampaikan buat pertama kali nya, kami tinggal kat Puncak Alam ni banjir sangat, sampaikan orang-orang yang bekerja diluar, tinggal di Puncak Alam ni xdapat keluar bekerja kerana semua jalan keluar dari Bandar Puncak Alam ni di tenggelami air banjir.. hehehe.. tapi mujurlah mak abah dan anim sampai awal ke rumah anum.

kali ni mak abah datang bukan setakat nak jumpa cucuanda sahaja kebetulan ada dua majlis kahwin di sini.. pertama di Sungai Buloh kenduri kahwin syukri dan sarah dan keduanya kenduri kahwin kak zaharah di Gombak ( keluarga yang pernah mengasuh anum dan ejum semasa mak abah tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur dahulu)

Selepas hujan reda pagi tu dalam pukul 10. kami bercadang nak keluarlah mak rancang nak pergi GM Klang.. tapi apakan daya.. air banjir yang menenggelamkan jalan-jalan utama keluar dari Puncak alam ni belum surut.. hehehe jadi balik rumah jelah..
Akhirnya air banjir surut pada petangnya.. sebab anum tengok suami anum kata jalan dah ok..
boleh jalan.. hehehe

So planning ke GM klang postpone..

Malamnya kami keluar lagi.. ehmm nak pergi ambik angah kat Kuala lumpur sebab besok ada kenduri kahwin sebelah keluarga abah ( syukri dan sarah) ejum tinggal di Kg. Baru KL
yang bestnya rumah sewa ejum betul2 dekat dengan KLCC.. hai untungnya ejum ni..
dan kami makan malam kat area Sg. Buloh.. alang2 nak balik rumah la kan.. tapi something happen.. bandan darwisy panas dan dia ada sesak nafas.. jadi anum dan suami bergegas ke kelinik berhampiran untuk check darwisy.. makan malam di restoran xjadi.. kami tapow balik makan di rumah je..

Di klinik darwisy dapat bantuan gas.. untuk kurangkan kahak dalam paru-paru dia.. selepas tu dia berehat dan tido lena.. adam mujurlah setakat ni tak ada masalah kesihatan macam abang dia alhamdulilah..

30/04/11- Sabtu..

Majlis kenduri khawin Syukri dan isteri. Anum dan anak-anak xpergi lah sebab darwisy xsihat lagi.. ehmm xpelah mungkin lain kali kita jumpa ye.. suami anum kerja pagi sabtu tu.. petang nya baru dia balik.. selepas kenduri khawin syukri.. keluarga Syukri iaitu kak pidah sekeluarga , Ayu dan suami serta mak dan adik-adiknya datang ke rumah.. seronok nya dapat jumpa keluarga ni.. dengan Ayu a.k.a mak sepupu anum lah sekarang ni mengandung anak sulung..makin berseri-seri you.. Tok su ( mak sedara abah ) pun alhamdulilah masih sihat dan cergas lagi. kak Pidah dan keluarga pun alhamdulilah sihat.. yang anum terkejut nya tengok anak-anak teruna ni.. Danial dan abangnya Sufian.. dah besar dan tinggi.. hai bila lah kali terakhir jumpa diorang ni.. Danial sekarang form 2. dan Sufian pula belajar di UITM Dungun.. baguslah.. terima kasih kerana sudi datang ke rumah kami di Puncak Alam.





Petang tu ada satu kejutan buat darwisy..
basikal baru.. yang pernah dia idamkan dahulu..


Seronoknya darwisy dapat naik basikal yang dia inginkan..

Dan adam pulak seronok naik basikal roda tida abangnya.. hai tapi tak boleh kayuh le.. kaki adam tak sampai..action boleh la dam..
hehehe..






Thank you so much to my parent,husband and my lovely sister sebab sudi melayan kerenah anak-anak ku ini.. kalu adam dengan ligat dan pantas bergeraknya dan darwisy dengan kerenahnya basikal barunya.. hehehe.. mesti penatkan ..dan buat my husband thank you sebab belikan basikal ni ok..



01/05/11-Ahad

Hari ini kami sekeluarga pergi GM Klang..
memang seronok membeli di sana selain dapat mencuci mata.. tapi macam biasa lah sebelum pergi tu sempat la kami sekeluarga melaram bergambar di depan rumah..








Alhamdulilah.. memang kalu boleh nak masuk je banyak gambar keluarga anum yang sememangnya sentiasa ceria dan gembira.. kedatangan semua ahli keluarga baik sebelah suami dan keluarga anum, memang anum hargai sangat.. terima kasih kerana sudi datang ke rumah kami di bandar puncak alam ni..

p/s: buat adik bongsuku fadzil, walaupun adil xsempat datang ke rumah kami di sini.. tapi kami sekelurga sentiasa mengingati adil walau dimana jua adil berada.. hehehe.. next time sudi2 lah datang ke rumah kak long mu ini ye..

Selepas puas membeli belah di GM Klang, petangnya eddy ada hal jumpa orang di Rawang.. jadi kami anak beranak balik naik kereta ejum. sampai di rumah Puncak Alam lewat petang. Selepas solat mahgrib.. mak, abah, anim dan ejum bertolak ke Hentian Putra kerana malam nantinya mak abah dan anim akan balik ke Dungun.. kerana esok rutin kerja harian akan bermula seperti biasa.

Terima kasih kepada family anum sebab sudi datang ke rumah kami di Puncak Alam ni.. Semoga kita berjumpa lagi akan datang di kampung pada hujung bulan may nanti.. insyallah..

wassalammualaikum..