Pada masa hujung minggu yang lalu . kami bawa darwisy dan adam bersiar-siar di Taman Burung Tasik Perdana.. tiket masuk untuk dewasa RM 20 seorang, jadi anak-anak anum percuma sebab kecik lagi kan..memang seronok melihat pelbagai jenis burung ni.. anak-anak pun suka sebab teruja xpernah tengok burung sedekat ni..
Tengok jelah gelagat adam dan darwisy ni..kepenatan berjalan di kawasan sekitar.. dahaganya mama papa.. hehe nak air..
Bahagianya bila kita ada keluarga, berjalan bersama.. bermain dan melayan kerenah anak-anak ni.. ragam merekalah penghibur hati keluarga kami
memang jinak.. masa ni kami mula-mula tiba kat sana, burung-burung ni sombong.. nak dekat pun tak mahu.. kemudian penjaga burung tiba dan bagitahu kami masa ni bagi burung makan.. dan kami pun cubalah..anak-anak burung ni makan kuaci dan minum susu.. cuma bayar RM2 je.. selepas tu apa lagi kami tiba-tiba di kelilingi dengan puluhan anak burung nuri ni.. adam dan darwisy masa ni mamang takut sebab burung tu lapar semacam je.. hahaha.. papa pun terkejut jugak sebab bila bagi anak burung ni susu haa banyak pulak yang datang hinggap kat tangan dia. Anum bukannya apa bimbangkan anak-anak anum je takut kena kuku burung yang tajam ni..
ada satu masa tu burung tu hinggap kat kepala darwisy.. menjerit ketakutan dia ni.. hehehe lepas tu nangis nak kuar.. "abang takut burung tu mama.. dia nak ambik darwisy.."
masa ni papa dia dok mengusik darwisy dengan burung.. fobia kejap.. " papa, abang takut burung ni.."
masa ni papa dia dok mengusik darwisy dengan burung.. fobia kejap.. " papa, abang takut burung ni.."
Penatnya jalan..
kepenatan berjalan di dalam taman burung ni.. kami berehat di kerusi batu.. whaa panas lagi campur penat berjalan.. habis lenguh-lenguh kaki tangan ni dok soh kira lah.. dukung si adam lagi dan abang nya pulak.. jalan sikit papa dukung darwisy.. haa lagi satu nak bagi tahu, kalau nak pergi sana bawalah bekalan air minum sendiri ye.. sebab makanan dan minuman di dalam taman burung ni harganya dua kali ganda dari kedai luar..
kemudian last place kami tengok aktiviti kat dalam taman ni bird show.. sementara tunggu show bermula kami bermain di taman permainan yang berhampiran..
selepas bird show.. kami pun mula bertolak pulang.. pengalaman dan dengan peluang masa yang kami ada ni kami penuhi dengan membawa anak-anak berjalan sambil belajar, menghayati akan keindahan dan kekuasaan yang Allah ciptakan untuk hambanya.. dan terima kasih kepada suamiku kerana meluangkan masa untuk kami.. i love you.
selepas bird show.. kami pun mula bertolak pulang.. pengalaman dan dengan peluang masa yang kami ada ni kami penuhi dengan membawa anak-anak berjalan sambil belajar, menghayati akan keindahan dan kekuasaan yang Allah ciptakan untuk hambanya.. dan terima kasih kepada suamiku kerana meluangkan masa untuk kami.. i love you.
No comments:
Post a Comment