Assalammualaikum w.b.t
Selepas beberapa hari family suami anum balik.. keluarga kami diceriakan kembali dengan kehadiran family anum pulak.. kali ni mak abah datang bersama-sama anim dan xketinggalan ejum.
mak abah dan anim bertolak dari dungun ke Kuala Lumpur dengan bas pada malam khamis 28/04/11
29/04/11- jumaat pagi..
Alhamdulilah.. mak abah dan anim selamat sampai ke Kuala Lumpur di Hentian Putra.. pagi tu ejum ambik dengan kereta dia.. jadi selepas hantar ejum balik ke kg. baru. mak abah dan anim terus bertolak ke rumah anum. kebetulan malam tadi hujan lebat sangat dan paginya eddy ( my husband ) kuar rumah awal untuk bekerja.. hujan lebat sampaikan buat pertama kali nya, kami tinggal kat Puncak Alam ni banjir sangat, sampaikan orang-orang yang bekerja diluar, tinggal di Puncak Alam ni xdapat keluar bekerja kerana semua jalan keluar dari Bandar Puncak Alam ni di tenggelami air banjir.. hehehe.. tapi mujurlah mak abah dan anim sampai awal ke rumah anum.
kali ni mak abah datang bukan setakat nak jumpa cucuanda sahaja kebetulan ada dua majlis kahwin di sini.. pertama di Sungai Buloh kenduri kahwin syukri dan sarah dan keduanya kenduri kahwin kak zaharah di Gombak ( keluarga yang pernah mengasuh anum dan ejum semasa mak abah tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur dahulu)
Selepas hujan reda pagi tu dalam pukul 10. kami bercadang nak keluarlah mak rancang nak pergi GM Klang.. tapi apakan daya.. air banjir yang menenggelamkan jalan-jalan utama keluar dari Puncak alam ni belum surut.. hehehe jadi balik rumah jelah..
Akhirnya air banjir surut pada petangnya.. sebab anum tengok suami anum kata jalan dah ok..
boleh jalan.. hehehe
So planning ke GM klang postpone..
Malamnya kami keluar lagi.. ehmm nak pergi ambik angah kat Kuala lumpur sebab besok ada kenduri kahwin sebelah keluarga abah ( syukri dan sarah) ejum tinggal di Kg. Baru KL
yang bestnya rumah sewa ejum betul2 dekat dengan KLCC.. hai untungnya ejum ni..
dan kami makan malam kat area Sg. Buloh.. alang2 nak balik rumah la kan.. tapi something happen.. bandan darwisy panas dan dia ada sesak nafas.. jadi anum dan suami bergegas ke kelinik berhampiran untuk check darwisy.. makan malam di restoran xjadi.. kami tapow balik makan di rumah je..
Di klinik darwisy dapat bantuan gas.. untuk kurangkan kahak dalam paru-paru dia.. selepas tu dia berehat dan tido lena.. adam mujurlah setakat ni tak ada masalah kesihatan macam abang dia alhamdulilah..
30/04/11- Sabtu..
Majlis kenduri khawin Syukri dan isteri. Anum dan anak-anak xpergi lah sebab darwisy xsihat lagi.. ehmm xpelah mungkin lain kali kita jumpa ye.. suami anum kerja pagi sabtu tu.. petang nya baru dia balik.. selepas kenduri khawin syukri.. keluarga Syukri iaitu kak pidah sekeluarga , Ayu dan suami serta mak dan adik-adiknya datang ke rumah.. seronok nya dapat jumpa keluarga ni.. dengan Ayu a.k.a mak sepupu anum lah sekarang ni mengandung anak sulung..makin berseri-seri you.. Tok su ( mak sedara abah ) pun alhamdulilah masih sihat dan cergas lagi. kak Pidah dan keluarga pun alhamdulilah sihat.. yang anum terkejut nya tengok anak-anak teruna ni.. Danial dan abangnya Sufian.. dah besar dan tinggi.. hai bila lah kali terakhir jumpa diorang ni.. Danial sekarang form 2. dan Sufian pula belajar di UITM Dungun.. baguslah.. terima kasih kerana sudi datang ke rumah kami di Puncak Alam.
Petang tu ada satu kejutan buat darwisy..
basikal baru.. yang pernah dia idamkan dahulu..
Seronoknya darwisy dapat naik basikal yang dia inginkan..
Dan adam pulak seronok naik basikal roda tida abangnya.. hai tapi tak boleh kayuh le.. kaki adam tak sampai..action boleh la dam..
hehehe..
Thank you so much to my parent,husband and my lovely sister sebab sudi melayan kerenah anak-anak ku ini.. kalu adam dengan ligat dan pantas bergeraknya dan darwisy dengan kerenahnya basikal barunya.. hehehe.. mesti penatkan ..dan buat my husband thank you sebab belikan basikal ni ok..
01/05/11-Ahad
Hari ini kami sekeluarga pergi GM Klang..
memang seronok membeli di sana selain dapat mencuci mata.. tapi macam biasa lah sebelum pergi tu sempat la kami sekeluarga melaram bergambar di depan rumah..
Alhamdulilah.. memang kalu boleh nak masuk je banyak gambar keluarga anum yang sememangnya sentiasa ceria dan gembira.. kedatangan semua ahli keluarga baik sebelah suami dan keluarga anum, memang anum hargai sangat.. terima kasih kerana sudi datang ke rumah kami di bandar puncak alam ni..
p/s: buat adik bongsuku fadzil, walaupun adil xsempat datang ke rumah kami di sini.. tapi kami sekelurga sentiasa mengingati adil walau dimana jua adil berada.. hehehe.. next time sudi2 lah datang ke rumah kak long mu ini ye..
Selepas puas membeli belah di GM Klang, petangnya eddy ada hal jumpa orang di Rawang.. jadi kami anak beranak balik naik kereta ejum. sampai di rumah Puncak Alam lewat petang. Selepas solat mahgrib.. mak, abah, anim dan ejum bertolak ke Hentian Putra kerana malam nantinya mak abah dan anim akan balik ke Dungun.. kerana esok rutin kerja harian akan bermula seperti biasa.
Terima kasih kepada family anum sebab sudi datang ke rumah kami di Puncak Alam ni.. Semoga kita berjumpa lagi akan datang di kampung pada hujung bulan may nanti.. insyallah..
wassalammualaikum..
1 comment:
Assalamualaikumwbh num....mmm kak mas busy sesangat oflate ni. Ngan thesis and minggu exam aisy..plus kak mas lak tak berap anak sihat...actually dah dtg vooolan melaaah la.....huk3....
anyway....Allah swt has his amazing ways to give with love....so I will just have to stay focus and preserve strong to the clamity eik?
Insya'Allah....perancangan Allah swt itu lebih baik drp perancangan hamba2NYA....
MM gud to see the family duk gather gather tu.....:)
Owh.....ni last sem kak mas yang tersangat lah malas...ekekekkekeee....:P
Post a Comment