Tuesday, May 24, 2011

sama tampan dan sama comel..

Assalammualaikum w.b.t
Topik hari ni memang menarik tapi bukan nak masuk bakul angkat sendiri lah.. alhamdulilah.. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada anum anak-anak yang sihat, comel, handsome dan lincah..

Kehadiran dua insan yang menjadi penyeri dan kunci kebahagiaan kami sekeluarga iaitu Muhammad Darwisy Danish dan muhammad Adam Danish



Tengok senyuman diaorang pun hati anum dah tenang..
sejuk mata memandang..

Memang anak-anak anum ni lincah dan membesar dengan cepat, kalau dulu masa diorang ni masih bayi.. hati ini sangat takut dan berfikir mampu ke anum nak membawa si kecil ni ke dunia yang penuh panca roba dan kepahitan dan mampu ke anum menjadi mama yang terbaik untuk anak-anak anum ni.. tapi berkat doa dari ibubapa anum dan suami.. anum dan eddy mampu membesarkan anak-anak kami ini dengan aman sejahtera dan penuh kasih sayang.. terima kasih buat mak, abah, mama dan papa..

Terlalu pantas masa berlalu..

Baru seketika anum rasakan perut yang sedang membesar dan anum membawa mereka selama mereka ada dalam rahim ini,

Baru seketika anum rasakan peritnya rasa sakit se
masa bersalin..

Baru seketika anum rasakan sedang belai dan menyusukan mereka di saat anak-anak ini menangis lapar dan meminta susu..

Dari lahirnya masih merah, lemah dan tak mampu berkata-kata, kini mereka mampu menyebut atau memanggil nama mama dan papa, meminta itu dan ini.. bertanya apa dan mengapa.. dan yang pasti mereka mulakan langkah pertama di bumi Allah ini.. menjejak kaki di rumput nan hijau.. bermain air dan pasir .. ehmm sungguh takjub dan bersyukur anum kepada kekuasaan yang Maha Esa ni.. terima kasih Ya Allah..


Darwisy dan Adam
gambar masa umur sehari..



Darwisy dan Adam
gambar terkini

jumpa lagi..
wassalammualaikum.. w.b.t

1 comment:

Ayu Safieza @ Humaira' said...

comey nye dak2 ni.....winduuuu ar mommy:)