Monday, February 16, 2009

seronoknya dia..

Assalammualaikum wbt..

Hari sabtu baru ni.. darwisy banyak habiskan masa ngan tengok tv.. bersama siapa?... papa darwisy la.. papa wisy ajar anak tengok cerita naruto.. hehehe.. santainya anak mama ni..
memang relak and santai la dua beranak ni.. mama dia juga jeles.. hehehe.. tengok je gelagat darwisy ni.. dah pandai dah.. tengok cerita kat tv ke, laptop papa dia ke.. ehmm.. tapi yang pasti.. darwisy sekarang kuatnya menyusu.. xpelah.. semoga sayang mama ni cepat besar, sihat tubuh badan, jadi anak yang hormat orang tua.. sayang keluarga dan pandai dalam semua bidang.. hehehe..insyallah..
Tapi kadang-kadangkan best juga jadi macam diaorang ni.. xpayah penat-penat buat kerja rumah.. releks je..waa mama di agak.. penat.. hehehe.. xbaik mengeluh.. nak pahalakan.. jadi kena buatlah semua keje ni.. insyallah..
Oklah.. kita jumpa lagi di lain blog.. nanti anum ceritakan lagi tentang darwisy.. esok ke.. lagipun ada lagi gambar akan gelagat darwisy yang sekarang ni da pandai menari ...
Wassalammualaikum wbt..

darwisy new hairstyle..

Assalammualaikum wbt...

Hujung minggu yang lepas.. papa darwisy buat suprise.. katanya nak buat new hairstyle untuk anak lelaki kesayangan dia ni.. hehehe.. darwisy mula-mulanya ok lagi.. tapi lepas tu, dah start meragam.. mana taknya.. badan dia dah berpeluh2 dan naik miang sebab rambutnya sendiri.. hehehe.. anum ada ambik gambar sepanjang sesi guntingan rambut darwisy yang pertama selepas majlis cukur jambul di kampung..



Haa.. macam tu la gelagat darwisy yang anum dapat rakam masa sesi potong rambut semalam.. selepas potong rambut tu darwisy nangis sangat.. rimas la tu dengan rambut yang baru dipotong tadi.. haa nak tahu x, masa potong rambut darwisy ni tiga orang main peranan.. anum pegang badan darwisy, mama ej pegang kepala dan papa darwisy potong rambut..waa.. berpeluh-peluh kami tiga orang.. hehehe..
Emmmchak..!! inilah gambar terbaru darwisy dengan style rambut dia yang baru..










"Opah & atuk dan tok ma & tok pa, tengok saya ni..saya dah boleh jalan!! " hehehe..'tatih...tatih je.. huhuhu

Nakal kan, papa darwisy buat target.. umur 4bulan dah boleh jalan..xnak dah anak tu belajar menirap ke atau merangkak ke.. hehehe.. tapi sekarang ni darwisy da pandai pusing badan..dan dah menirap..
Anum ada sertakan sekali rakaman darwisy belajar jalan.. tapi papa darwisy suka nyakat ar.. nak tahu apa jadi ..tengok video ni..












Petang nya.. darwisy dah tertido..hari ni hari yang penat untuk darwisy.. hehehe.. tengok tu.. lenanya sampai xsedar dah apa yang berlaku lepas tu.. ok setakat ni dulu cerita darwisy minggu ni.. jumpa lagi di lain blog.. ada siapa-siapa nak komen hairstyle terbaru darwisy.. silakan lah ok....wassalammualaikum wbt

Friday, February 6, 2009

motor papa darwisy rosak..

Assalammualaikum wbt.

Semalam selepas anum ambik darwisy kat rumah pengasuh , papa darwisy telefon bagitahu motor xboleh start.. mujurlah masa tu papa darwisy dah sampai kat puncak alam, terkandas kat kedai di fasa 2..


Jadi kami pun pergi ambik la papa disana.. disana.. papa darwisy kunci motor kat tempat yang orang mudah nampak sebab malam nanti nak datang ambik pulak.. dalam perjalanan kami nak balik ke rumah di fasa 3..papa cakap nak makan pisang goreng x? mama on je.. so dalam kesempatan yang ada mama dok posing ngan darwisy dalam kereta..


Selepas tu kami balik rumah.. sambil makan goreng pisang papa asyik membebel.. adois.. motor rosak lagi.. ni tanda-tanda nak beli motor baru ni..

anum xkisah.. janji papa gembira..tapi apa-apa pun darwisy gak cool..hehehe
dia xlayan pun apa yang mama & papa dia cakap.. asyik dok pandang kanan dan kiri je.. pantang dok kat tingkap.. nak tengok je..apa yang berlaku kat luar sana..


akhirnya.. sampai la kat rumah.. sebelum tu ambik gambar jap.. ehmm kabur sikit.. sebab tangan yang ambik gambar ni tangan papa darwisy..

oklah..jumpa lagi di lain blog..wassalammualaikum wbt..

darwisy yang aktif

Assalammualaikum wbt..

Darwisy danish sekarang semakin aktif.. kepala pun dah pandai tegak.. pandai balas balik apa yang kita buat dan yang pasti dia makin comel.. hari-hari rindu.. nak tengok keletah dia.. balik keje dalam keadaan penat pun berbaloi tengok dia gelak.. balas senyuman dan buat bunyi-bunyi yang kita xjangka pun dia akan buat.. hehehe..bestnya saat bersama ngan dia..

inilah penghibur hati mama dan papa.. keletah dia pun kalau di cerita xhabis-habis.. alhamdullah setakat ni darwisy sihat dan xmempunyai banyak masalah untuk keadaan persekitaran dengan nya.. anum ada rakam gelagat baru darwisy.. tengok ye.. sekarang ni dia suka angkat sebelah tangan kanan dan perhatikan.. hehehe.. macam nak terbang je mama tengok keletah anak mama ni..

Keluarga di kampung alhamdulilah sihat, Opah dan Tok ma darwisy selalu bertanya khabar akan keadaan darwisy.. oh ya.. baru-baru abah aisy balik dari qatar.. mungkin ada kat kampung lagi kot.. anum dan eddy pun xsempat telefon kat kampung.

Insyallah dalam perancangan kami bulan depan nak balik kampung.. tapi belum dipastikan lagi tarikhnya.. akan diberitahu balik tarikh nya nanti ye..

Ehmmm oklah.. ada masa kawan-kawan blogger berikanlah komen ye.. saja nak baca hehehe.. apa-apa pun take care dan jumpa lagi di lain blog.. wassalammualaikum..wbt

Wednesday, February 4, 2009

macam baby jepun ke??

Assalamamualaikum wbt..

Hujung minggu baru-baru ni.. kami xpergi ke mana-mana sebab papa darwisy sibuk siapkan paper work dia.. so dalam kesempatan hujung minggu tu kami kemas rumah dan masak.. hehehe..
hari sabtu :
pagi darwisy bangun awal dan nak bermain2.. tahu-tahu jelah.. dah umur 3bulan 2minggu ni.. ada saja gelagat dia nak kami tengok.. ni video sebelum darwisy mandi..hehehe..


dan video ni pulak selepas mandi.. hehehe.. time ni best sangat sebab sama-sama siapkan anak.. biasanya.. mama darwisy je yang buat.. kali ni turn papa darwisy pulak..pakaikan baju..pakai pampers.. berbedak dan macam-macam lagi..


Emmuah..sayang anak papa ni.. tahniah kepada papa sebab siapkan darwisy kurang dari sejam hehehe.. blur-blur je muka darwisy masa ni..
eeee.. mama pun sayang darwisy !!
selepas tu.. anum dan eddy siapkan tugasan hal rumahtangga masing.. nak pie mandi ke.. kemas kat dapur ke? basuh kereta ke dan macam-macam lagi..

hari ahad..
haa ni gambar posing cantik nya.. ee geram nya mama tengok anak mama ni..dah la tu.. sekali pandang mcam anak jepun hehehe.. dua kali pandang baru darwisy danish..


sebelum mandi.. kena layan dulu mood baik si kecik ni.. eee geram je tengok gambar dia.. bukan anum je.. geram.. opah darwisy dan tok ma dia selalu sebut-sebut tentang darwisy semasa di kampung baru-baru ni.. opah dia rindu je tengok gambar kat handphone.. tgk video dan gambar kat laptop.. tok ma dia pulak.. sampai buai baby kat rumah pun xnak kemas lagi sebab masih terkenangkan gelagat darwisy masa nak tido dan gelaknya dia kat kampung...waa bahagianya darwisy.. semua orang sayang dia.. hehehe
Kemudian tengahari nya..mama ej dan atuk darwisy datang rumah.. diorang dari kl.. baru lepas hantar mama an naik bas balik ke utm.. so hari tu anum masak soto, anum telefon mak kat kampung,belajar la time tu jugak nasib baik jadi.. and petang nya anum try buat kueh 'kayu kamat' @ 'cha koi'.. mama ajar anum sebelum balik ke kl hehehe.. jadi jugak tapi xpandai budget la nak buat berapa banyak.. jadi hari tu anum buat sekilo tepung.. banyaknya sampai anum bawa pulak pie ofis.. nasib baik habis.. hehehe.. terima kasih kepada mak dan mama sebab jadi guru masakkan anum..terima kasih daun keladi esok lusa balik kampung nak datang belajar lagi..huhuhu..
Sekarang ni.. darwisy dah pandai balas balik apa bunyi-bunyian yang kami bagi.. ada hari tu darwisy and papa dia berkokok..berkukur dan macam-macam bunyi lagi..sampaikan time anum nak solat pun teringatkan gelagat diaorang berdua, tersengih-sengih anum dibuatnya..hehehe.. tapi miss laa anum xsempat rakam time tu.. kalau x boleh share time tu ngan semua..
Oklah.. anum ada banyak lagi video nak upload.. tapi no idea nak cerita.. ehmm next blog pulak ye.. terima kasih kepda kawan-kawan dan family yang mengikuti perkembangan darwisy danish kami ni.. wassalammualaikum wbt.

Monday, February 2, 2009

darwisy di kampung..

Assalammualaikum wbt..

Lamanya xupdate blog ni..hehehe cuti raya cina lama sangat kot..

Darwisy di kampung.. bestnya.. darwisy balik kampung buat pertama kali selepas anum habis pantang bulan 12 yang lepas.. balik hari tu semua adik beradik mama and papa darwisy balik.. seronoknya.. macam balik raya posa pulak kata tok ma and opah darwisy..

Di kampung semestinya darwisy menjadi rebutan dan perhatian sebab darwisy masih baby yang sedang membesar dan seronok bila diagah! abang aisy asyik cium dan sayang pipi darwisy .. katanya " geram la tengok baby danish ni cik anum.. bila baby cik anum nak besar??
Tok ma dan tok pa asyik cakap "aisy berlembut sikit ngan baby tu.." tapi xpe..anum gembira sebab aisy dah ada kawan, cuma kecik lagi je.. tunggu ye abang aisy nanti darwisy cepat besar ye..

Mommy (kak mas) darwisy pun very2 helpful..dah lama xpegang baby ..seronok tengok kak mas jaga baby darwisy.. che de, ayah su(najie) dan semuanya gembira masa balik cuti raya baru ni.. bab makan .. mewahnya.. kejap2 makan.. mana taknya.. kak mas buat spegeti.. kueh sagu kuah durian..sup cendawan dan macam2..baik sebelah anum dan eddy masing ada makan2.. mak and mama selalu kata.. masa kat kampung la nak makan kenyang2 hehehe..

betul2..(versi upin & ipin)

Kalau kat rumah anum pulak, mak buat makan2 jemput anak angkat (ayie) makan bersama.. mak masak macam2 lauk hidangan tengahari , laksa dan dessert kek coklat..
esoknya mak buat lepat pisang pulak..

ehmm xpuaslah cuti 4hari ni.. xcukup rasanya nak pegi jalan2pun xsempat..hehehe..


Xpelah..lagi papa darwisy sibuk buat wiring kat kedai aerobik mommy darwisy..sebabnya xlama lagi mommy darwisy nak buka pusat fitness..
'honey pink fitness'.. nak aerobik jomlah..join sama2 tapi untuk pempuan je eak.. aik..promote dalam blog pulak anum ni..hehehe!

Apa2 pun tahniah kepada kak mas sebab dah nak buka tempat aerobik sendiri..bangga nya.. boleh join gak.. lagipun sejak bersalin ni dah banyak dah tayar spare kuar ni..hehehe..

Tapi papa darwisy sempat gak luangkan masa bersama ngan darwisy..nak tengok x masa terluang mereka bersama..?

lepas papa agah..macam blur je..anak mama ni..hehehe..

oklah.. setakat ni dulu cerita anum tentang darwisy.. next blog pulak ye..

Wassalammualaikum wbt..