Monday, January 19, 2009

Lenanya darwisy tido..

Assalamualaikum wbt..

Darwisy dua hari ni.. banyak gak pie jalan.. pergi rumah atuk dia dan gie shopping yang pasti anak mama dah letih dan mengantuk.. meragam gak malam ahad. hari ahad darwisy tinggal kat rumah ngan mama..
Malam tadi lepas minum susu.. anum tepuk2 dia kat sofa.. tup..tup anak mama dah tido.. tapi posisi tido darwsy malam tadi lain dari malam 2 yang lain.. macam dalam gambar ni..





Oklah.. ada siapa-siapa nak komen gaya tido darwisy?.. hehehe.. he grow fast.. rindu pulak nak tengok dia masa baby dulu.. sekarang dah pandai..tido tak mahu silau.. nanti ada je tangan kat dahi tu..tutup mata.. setakat ni dulu anum tulis dalam blog darwisy.. insyallah kita jumpa di lain blog..wassalammualaikum wbt..

Darwisy sehari bersama mama ej..

Assalammualaikum wbt semua..

Sehari darwisy di rumah atuk dia di Putrajaya.. mama ej dan opah dia jaga disana.. darwisy ceria dan mama ej (adik anum no.2) cerita 'anak along ni asyik tido je.. bangun2 je nak susu dan tukar lampin.. ' tapi darwisy xmeragam.. orang cakap kalau baby banyak tido nak membesar dengan cepat betul ke? ehmm.. betul kot..

Petang tu..mama ej ada bangunkan dia dan bermain ngan darwis y.. bila diagah.. tergelak dan sengih besar anak mama ni.. nak tengok x macam mana darwisy gelak..?

Cerianya anak mama ni.. jangan lupa tau..xlama lagi kita nak balik kampung jumpa tok pa, tok ma, mommy ,abang aisy..dan semua disana.. diaorang semua dan rindu nak jumpa darwisy.. hehehe..
sabar ye orang ganu..kami datang!! hehehe..

Sekarang ni pun darwisy ada habit baru..suka hisap jari..papa darwisy suka ngusik 'haa..darwisy nak adik kot.. ehmm betul ke??

oklah.. next blog pulak ye.. jumpa lagi..wassalammualaikum wbt

Thursday, January 15, 2009

Darwisy Danish di Putrajaya

Assalammualaikum wbt..

Semalam..kami bertolak ke Putrajaya pukul 9mlm.. darwisy masa tu belum tido lagi.. kami bermain dan bercakap dengannya.. tetapi dalam kereta tertido pula anak mama ni.. ngantuk kot.. dia tido hingga sampai kat rumah atuk dia di Putrajaya..

Sampai dirumah atuk..dia dah xmahu tido balik.. jadi kami letak dia dalam buai.. tapi mata dia still fresh..macam ni..aik.. ni macam tanda-tanda lambat je anak mama tido..tapi masa ni dia xnangis dan meragam lagi..

Selepas kami makan malam dia dah mula rasa xselesa nak kuar dari buai.. jadi anum dukung la darwisy.. cakap ngan dia dan check juga kot2 sebab pampers yang buat dia xselesa..




Selepas rakaman video kepala darwisy dah nak sampai kat bawah..hehehe.. tengok lah.. aktif sangat tangan dan kakinya.. kemudian anum agah dia dan dia gelak comelnya pulak..xpercaya cuba tengok ni..


Pagi tadi ,pukul 1.30 darwisy dah start xmahu tido.. jadi anum ambik masa lah berbual dan bermain ngan dia.. papa darwisy masa tu dah tido.. tapi kerana nak ambik gambar darwisy punya pasl..papa dia kena bangun.. bimbang gak.. dalam xsedar darwisy kena.. nasib lah.. pastu anum ada minta tolong eddy uploadkan gambar darwisy dalam komputer.. ehmm.. komputer ni.. baru je dibeli beberapa hari yang lepas sebab eddy nak buat keje..terima kasih papa darwisy sebab teman mama darwisy jaga baby pagi2 macam ni..


inilah wajah darwisy yang xmahu tido lagi walaupun jam masa ni dah pukul 2.30 pg.. xmacam nak tido pun anak mama ni.. emmuah mama sayang darwisy danish..!
Ok, insyallah kita jumpa lagi di lain blog.. wassalammualaikum wbt..

Wednesday, January 14, 2009

darwisy mama & papa

Assalammualaikum wbt..

Semalam selepas anum ambik darwisy dari rumah pengasuh.. dia nak main dan mula ajak bersembang.. aktif nya nak mama sekarang.. seronok rasanya bila balik rumah bermain dengan dia.. ni rakaman video yang anum ambik semalam..

lepas rakaman ni darwisy terus nangis.. yelah.. mama dia asyik sangat dengan rakam gambar dia.. darwisy nak tido.. papa dia masa tu tengah belajar nak guna microsoft excel.. hehehe.. oklah.. nanti anum masuk lagi cerita tentang darwisy.. yang pasti makin hari makin comel pula mama lihat.. emmmuah! mama sayang darwisy danish...

wassalammualaikum wbt

Tuesday, January 13, 2009

cerita darwisy lagi..










Assalammualaikum wbt..

Sekarang anum ceritakan tentang darwisy danish yang berusia 2bulan 3minggu 2hari..

Darwisy dah pandai buat bunyi-bunyi..dan gelak apabila di agah.. asyik tersengih2 je keje dia..
darwisy juga makin sihat dan comel.. di kampung opah dan tok ma dia selalu telefon tanya pasal darwisy.. mereka semua rindukan darwisy..

Xlama lagi opah darwisy datang ke Kuala Lumpur.. rindukan cucu.. pada 15hb hingga 17hb.. mak anum akan jaga darwisy.. seronok lah darwisy nanti.. dah lama xjumpa opah kan sayang.. lagipun nanti kami akan berulang pergi kerja dari Putrajaya.. darwisy pula opah dia jaga..


ini gambar terbaru darwisy.. yang aktif dan pandai posing bila di ambil gambar..
oklah jumpa lagi di lain blog.. semoga ceria selalu..
Wassalammualaikum w.b.t







darwisy mama yang ceria..



Assalammualaikum w.b.t semua..

Hari ni anum akan ceritakan hari-hari ceria darwisy membesar bersama mama & papa dia.. selepas balik dari kampung. anum bercuti lagi untuk menjaga darwisy .. sepanjang hari bersama darwisy dia cukup ceria dan aktif.. bangun pagi pukul 9.30. mandi pukul 10.30pg kemudian tido sampai pukul 12.00 tgh - 1ptg . lepas tu nak bangun untuk tukar lampin and minum susu kemudian tido lagi pukul 2ptg - 4.30 ptg. kemudian mandikan untuk malam pula..

eddy balik keje dalam pukul 6 ptg.. lepas mandi baru dia pegang and main dengan darwisy..
papa darwisy pun mahu juga masa kualiti bersama darwisy jadi sebelah malam anum masak dan eddy kena jaga baby..


ni lah gambar-gambar darwisy bersama papanya.. tengok tuu.. sekarang muka darwisy macam muka siapa?
sampai di sini dulu anum ceritakan tentang darwisy danish yang makin membesar.. ok.. kita jumpa lagi di lain blog.. wassalammualaikum wbt

Monday, January 12, 2009

darwisy makin membesar..

Assalammualaikum wbt

Selepas, seminggu ditahan wad di Hospital Putrajaya, kami balik berpatang di Dungun Terengganu. tetapi apa kan daya disana kami juga turut ditahan di Hospital Dungun kerana jaundis darwisy makin naik dan ini membimbangkan hati kami sekeluarga..
Disana kami ditahan lagi untuk pemeriksa lanjutan selama 10hari.. bosannya kiralah.. tapi demi darwisy, anum gagahi juga walaupun disana asyik bergenang airmata sebab darwisy hari2 kena ambik darah untuk check tahap kuning dia.. anum dan eddy sedih sangat sampai eddy pun jatuh sakit kerana xlalu makan..

Tetapi .. sepanjang di Hospital Dungun, darwisy kuatkan semangat dan boleh lagi ceria walaupun hari-hari kena ambik darah..tabahnya hati anak mama & papa ni.. mama doakan semoga anak mama sihat selalu dan ceria selamanya..

selepas kuar dari hospital darwisy menunjukan keadaan yang baik. alhamdullah syukurlah..
sekarang ni.. darwisy semakin sihat dan tembam.. jaundis dia pun dah kurang diapun membesar dengan ceria.. oklah kita jumpa lagi di lain blog.. selamat tahun baru semua dari kami : anum eddy and baby darwisy.

my newborn baby boy

Assalammualaikum wbt


Selepas jamuan hari raya (potluck) di ofis kira2
2bulan, anum dah selamat melahirkan baby boy..
di Hospital Putrajaya pada 21hb okt. 2008 pukul 4.15pagi..
Sesungguhnya hati ini sangat gembira dengan kelahiran permata hati kami ni..
Muhammad Darwisy Danish b. Ahmad Rohieddy.
berat 2.1kg

Pengalaman bersalinkan darwisy takkan anum lupakan kerana pada masa tu kita akan lebih mengenangkan saat-saat ibu kita bersalinkan kita ke dunia ni.

Sebaik saja dilahirkan darwisy disahkan mendapat G6PD iaitu kekurangan enzim dalam sel darah merah..bayi perempuan sebagai gen pembawa dan menerimanya bayi lelaki..
jadi darwisy kena elak daripada bauan ubat gegat, peyembur nyamuk aedes dan sebagainya.. bab makan pulang darwisy tak boleh MAKAN Kacang Parang..

21hb januari 2009, darwisy cukup umur 3bulan jadi kena pergi Hospital Putrajaya untuk check sama ada G6PD ni kekal ke tak..
selain tu kami juga turut ditahan wad selama seminggu kerana jaudis dan G6PD .. kesiannya tengok darwisy kena ambik darah tiap-tiap hari..

mama doakan anak mama cepat sembuh..