Saturday, May 15, 2010

darwisy danish semasa di HKL

Assalammualaikum w.b.t

Bertemu kembali.. dan kali ini anum nak ceritakan akan keadaan danish semasa di wad 6 Hospital Pediatrik HKL ..

Danish sedar daripada koma semasa hari ke 3. dia sedar dan jururawat memanggil kami untuk bertemu dengan nya.. gembiranya hati kami kerana semasa danish bangun dari katil dia minta susu dan minum dengan menggunakan botol susu. dia dah kembali pulih.. alhamdulilah Ya Allah. Anak kami kembali pulih berkat doa ibubapa kami dan kaum keluarga..

anum dan suami pegang badan danish dan peluk cium di pipi bertubi-tubi.. rasanya lamanya danish 'pergi' ataupun jauh dari pandangan mata kami.. belaian kami dan anum rasa bersyukur sangat.. kemudian kami memberikan giliran melawat kepada ibubapa kami untuk melawat danish. anum dan suami terus ke surau membuat solat sujud syukur..
kali pertama kami sekeluarga menyambut hari raya aildiladha di wad..
ibubapa kami berdua pun turut berada di sana.. dengan berpakaian baju raya dan danish masa hari pertama berpindah ke wad, kaki danish xdapat bergerak kerana masih lemah mungkin kerana lama berbaring dan kesan ubat yang dia dapat semasa ICU..

hari-hari berikutnya dia makin gagah dan sihat.. syukurlah danish tidak ada kesan selepas air tulang belakang nya diambil. makan dan minum danish di wad pun dia makin selera.. berat badan pun naik dan yang pasti dia tidak perlu di ambil darah setiap hari. doktor bertugas terus memberikan pemantauan akan kesihatan danish setiap hari.. anum dan eddy bergilir-gilir menjaga dia.. alhamdulilah.. keputusan kesihatan dia juga semakin baik.
pada hari ke 6 danish di wad.. kami diberikan kebenaran untuk pulang.. dan danish juga disertakan dengan bekalan ubat seperti hilar atau pam udara untuk asma dan ubat untuk minum.
ini gambar-gambar yang anum ada semasa danish di wad HKL ..


hari pertama darwisy di Hospital Sungai Buloh

pada hari ke 3 darwisy dipindahkan ke Hospital Pediatrik HKL untuk rawatan lanjut.)


hari ke 4 di wad ICU HKL


Darwisy selepas keluar ICU..

Alhamdulilah.. anak mama dah sihat kembali.. terima kasih kepadamu Ya Allah kerna memberikan kami ujian yang kecil ini semoga kami lebih mengingati Mu.. tak lupa juga buat semua ahli keluarga yang bersama2 kami menghadapi saat ini..

wassalammualaikum

No comments: