Assalammualaikum w.b.t
Lama nya anum menyepi dari penulisan blogger keluarga anum ni.. rindu nak menaip lagi tapi masa kini banyak mencemburui ku.. hehehe.. maklumlah.. kini dah jadi fully Housewife.. jadi masa tu lebih kepada hal menguruskan rumahtangga dan anak-anak yang makin membesar di mata..
Anak-anak..? hehehe.. sekarang ni blog ini secara rasminya akan bertukar nama dan kini keluarga kami bukan lagi hanya bertiga tapi berempat dengan kehadiran cahaya mata kami yang kedua iaitu Muhammad Adam Danish.. anak kedua anum ini selamat dilahirkan pada 29 jun 2010.. di hospital putrajaya.. alhamdulilah.. sekarang anak anum dah berumur 9bulan.. nanti anum akan ceritakan hal anak anum di laman yang lain..
Dan oleh kerana dah jadi housewife.. masa anum banyak di isi dengan membesarkan anak-anak.. melayan kerenah mereka yang kadang-kadang memeningkan lagi pun darwisy kini akan berumur 3 tahun pada bulan 10 tahun ini.. jadi apa yang si abang tu dah pandai.. macam2.. kalu cerita tak akan habisnya dalam page ni.. jadi yang pasti.. dua-dua dah pandai bermain bersama dan abang adik ni juga pandai bergurau senda.. tapi gaduh tu adalah juga.. dek kerana adik sekarang ni dah belajar berdiri dan suka berpaut pada basikal abang nya.. hehehe..
Baiklah setakat ni dulu.. anum akan curi masa lagi untuk tulis dalam blog keluarga anum ni.. kepada kawan- kawan yang sudi membaca blog keluarga ni terima kasih anum ucapkan..
wassalammualaikum w.b.t
No comments:
Post a Comment