Assalammualaikum w.b.t
Dah lama anum xupdate blog anum ni.. maaf sangat2 kalu dulu anum selalu update kerana anum buat masa lunch hour di ofis tapi kini anum dah tidak berkerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga anak sulung anum. anum berhenti kerja baru lagi.. kira-kira dah 4 bulan. kerana anak anum, danish ada masalah kesihatan iaitu jangkitan kuman pada paru-paru dan asma akut yang teruk pada umur danish 1 tahun sebulan .
Pada 21hb November 2009
Danish dihantar ke Hospital Sungai Buloh kerana deman panas yang tinggi iaitu 38.9 celcius dan tidak dapat bernafas dengan baik.. pada masa tu mujurlah ahli keluarga anum iaitu mak abah dan adik anum ada di rumah. dia orang datang melawat danish yang pada masa tu dah deman selsema dan batuk sejak beberapa hari sebelum di hantar ke hospital untuk rawatan lanjut.. anum juga pada masa tu dah hampir seminggu xpergi kerja..
Setibanya kami ke Hospital Sungai Buloh pada pukul 6.30 petang dengan jarak perjalanan dari rumah kami di Bandar Puncak Alam Selangor iaitu selama 30minit. kami terus ke Unit Rawatan Kecemasan dan memberitahu kepada pegawai bertugas akan keadaan danish yang masa tu badannya dah lemah longlai dan bibir kebiruan.. jadi pegawai perubatan terus membawa danish ke unit rawatan Pra Kriktikal untuk bantuan oksigen dan doktor pediktrik yang bertugas pada hari berkenaan turut bertindak cekap membantu danish..
Selepas itu, kami dibawa ke bilik x-ray untuk x-ray bagi mengenalpasti akan masalah kesihatan danish ni..dan beberapa minit kemudian, doktor bertugas mendaftarkan danish untuk dimasukkan ke wad Pediaktrik bagi pemantauan lanjutan dari pihak hospital..Selepas diberikan ubat untuk menenangkan danish yang pada masa itu keadaannya yang sangat lemah.. doktor memberikan bantuan oksigen setiap masa dan danish juga ditidur untuk mengelakkannya daripada banyak bergerak..
Selama 3 hari danish menjadi penghuni wad pediatrik kanak-kanak di Hospital Sungai Buloh dan setiap masa badan danish di baluti dengan wayar-wayar yang membantu dia bernafas.. danish bernafas denagn bantuan mesin oksigen dan sekali sekala je matanya terbuka kemudian dia lelap kembali kerana pada masa tu kiri dan kanan tangan nya di cucuk dengan ubat-ubatan..
Pada 22 November 2009
Doktor dan jururawat yang bertugas kerap datang ke katil danish dan memeriksaan keaadan suhu badannya yang makin panas.. pada malam nya danish bangun dari tidur dan menangis tak berhenti-henti kerana danish tidak selesa dengan bantuan oksigen dan wayar-wayar yang berselirat dibadanya. dan dia mulai kejang seketika.. mujur lah pada masa tu papa danish ada bersama dan kami cuba menenangkanya.. dalam pada masa yang sama kami memanggil jururawat bertugas untuk memeriksaan keadaan danish. jururawat itu juga segera memanggil doktor dan danish diberikan ubat untuk ditenangkan..
Pada 23hb November 2009
iaitu hari ke tiga di Hospital Sungai Buloh, doktor pakar memberitahu kami akan keadaan danish yang masih kriktikal dan memohon keizianan kami untuk memdapatkan air daripada tulang belakang nya untuk mencari penawar bagi masalah kesihatan danish.. anum dan suami berbincang dan bertawakal kepada Allah S.w.t semoga proses ini berjalan dengan lancar.. memang pada mulanya kami berdua takut dan sedih andai apa-apa yang bakal terjadi kepada danish. tapi kami dikuatkan semangat daripada keluarga dan doktor pakar yang lebih berpengalaman dalam hal ini.
Pada hari yang sama juga danish terus dihantar ke hospital pediatrik kanak-kanak di Kuala Lumpur kerana peralatan perubatan di Hospital Sungai Buloh agak terhad. Semasa di Hospital Pediatrik kanak-kanak. danish di tempatkan di unit ICU dan dikomakan selama 3hari.. sedihnya hati ibu yang melihat keadaan anak tersayang terbaring kaku dengan badan dan mulut yang dimasukan tiub untuk membantunya bernafas.. anum dan suami sangat bersedih hati dan pada masa yang sama kami berdoa serta bertawakal kepada Allah s.w.t , semoga anak kami segera sembuh dah sihat seperti anak-anak yang lain.. anum dan suami pada masa tu dah xpergi kerja selama seminggu dan majikan kami faham akan keadaan yang melanda.
Insyallah anum akan update lagi gambar-gambar danish semasa di hospital Pediatrik kanak-kanak di HKL..
Wassalammualaikum w.b.t
No comments:
Post a Comment