Friday, July 22, 2011

Papa merajuk nak makan nasi dagang..

Assalammualaikum w.b.t

Buat semua pembaca blog.. hai tolong la saya ni.. anum ni nama je tinggal kat Dungun..Terengganu.. tapi buat 'nasi dagang'.. ambe dok pandai la.. adoi..
semalam orang tu berbunyi lagi.. nak makan nasi dagang.. hai cik abang.. kita ni IC je wilayah.. makan style orang ganu.. pedas, manis, dan masam kita rasa..

Papa ada buat permintaan Special untuk semperna kedatangan Bulan Ramadhan ni.. Nasi Dagang..
bukan anum tak pernah cuba.. dah pernah buat sekali.. masa tu tahun ke dua perkhawinan..
Nasi dagang anum x naik minyak dan sedikit antah.. hai biasalah masa masak nasi dagang ni x sabar.. hehehe kuah dan acar ok pulak..

Nasi dagang ni yang anum tahu, nasi dia kena masak secara kukus sebanyak 3 kali dengan santan.. kemudian nak bagi berkilat atau lemak nasi tu mungkin pada santan .. hai.. naif nya anum nak memasak makanan kegemaran suami ku ini.. resepi dah lama ambik.. tapi time nak buat tu lah alasan memanjang berjela.. hahaha

Nasi oh nasi.. kerana nasi dagang mulut suami ku muncung.. kalu muncung macam mulut itik ok juga.. cute.. tapi muncung cik abang ni.. dah siap boleh simpul reben lagi hahaha..mengata nampak hehehe.. ngusik suami je..

okey.. insyallah.. anum tengah fokus dan kumpul semangat nak buat Nasi Dagang ni.. insyallah sebelum ketibaan Bulan Ramadhan ni. hehehe.. doakan lah k..

Oh ye tak lupe anum sertakan wajah cik abang ni yang mengharap akan Nasi Dagang nya.. hahaha..
wassalammualaikum..

Wednesday, July 13, 2011

Ayam Masak Bali.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni anum kena tulis resepi pulak.. my beautiful sister in law nak cuba resepi simple ni.. my mom recipe..

Ayam Masak Bali.

Bahan-bahan (4-6 orang)
Ayam setengah ekor atau ikut bil.orang yang makan
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil Kicap pekat
2 sudu kecil Kerisik
2 sudu kecil cili boh
2 sudu besar santan/ susu pekat
sekeping Asam keping
sehelai daun pandan
Minyak masak
Garam
Gula
Pak aji secukup rasa

Cara-cara
  1. Kisar/tumbuk bawang besar, bawang putih, ketumbar dan jintan kasar.
  2. Gaulkan bahan yang dikisar/tumbuk bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
  3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
  4. Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun pandan, kerisik, cili boh, susu pekat/santan dan asam keping.
  5. Masukkan garam,gula dan pak aji secukup rasa.
  6. Siap untuk dihidangkan.
  7. untuk nampak lebih menarik taburkan dengan cili merah yang di hiris..
oklah simple dan cepat.. buat my beautiful sister in law, selamat mencuba ye..

wassalammualaikum..

Monday, July 11, 2011

ikan masak tumis moyang

Assalammualaikum semua..

Hari ni anum cuba resepi my great2 grandmother a.k.a moyang anum..
Terima kasih mak.. caranya simple.. tapi sedap.. makan macam orang bujang gitu..tapi i dah khawin anak dua la..

Ikan Tumis Moyang:

Bahan-bahan:

ikan goreng
bawang besar- di mayang bulat
bawang putih- di hiris
halia- sedikit je juga di hiris
asam jawa
air
cili merah dan hijau untuk hiasan..

cara-cara:
  1. ikan goreng yang dah siap di tumis dengan garam dan kunyit tu.. di ketepikan sebentar..
  2. minyak ikan tu kita kurangkan, dan tumis bawang merah, putih dan halia sehingga naik bau.
  3. masukkan air dan asam jawa.. masam tu ikut suka lah.. jangan masam sangat kang tak lalu pulak makan.. hehehe
  4. bila dah semua di masak.. masukkan ikan goreng dan cili merah/ hijau tadi.. dan jangan lupa letak garam dan pak aji ikut cita rasa sendiri..
  5. makan panas-panas dengan nasi putih.. sedap tau.
Ini gambar yang anum sempat snap.. simple je.. tapi sedap.. terima kasih mak.
boleh juga gantikan ikan dengan ayam goreng.. selamat mencuba.



jumpa lagi .. wassalammualaikum..

ragam anak-anak bersama papa

Assalammualaikum w.b.t

Hai diam tak diam masa pantas berlalu dan anak-anak pun makin membesar di depan mata..
kali ni anum post kan pula ragam 'My Boys..'

Anak-anak memang suka bermain dan papa nya juga tak ketinggalan.. ni gambar yang sempat anum snap.. layann ke lah..



Alhamdulilah..makin anak kami membesar ni.. anak-anak dapat sedikit profile dan iras muka ibubapa mereka.. betul kan..
seperti darwisy danish.. more like me.. dan adam danish.. muka nye mengikut iras papa..
Allah tu Maha Adil.. Syukur Alhamdulilah.

wassalammualaikum.

Senapang gajah Pok su Adil..

Assalamualaikum semua..

Hari ni anum saja nak post tentang satu alat permainan yang adik anum 'Waris' kan buat anak buah nya.. hehehe.. jeng..jeng..


Tengok tu si darwisy ni teruja mencuba.. tapi senapang gajah Pok su Adil ni besar dari tuan yang sedang memegang .. haha.. si adik nya hanya memerhati jelah. tapi opah nya jumpa pistol koboi kat dalam kereta avanza.. katanya pistol tu milik darwisy.. anum pun lupa, ada ke alat mainan ni dulu..?? Tapi selepas 21 tahun ni.. hajat Pok su Adil untuk memegang senjata api atau senapang termakbul..
baru-baru ni adik perempuan anum, hanim ada hari Pertauliahan sempena berakhirnya latihan ala ketenteraan ATM di university dia PALPES.. dan membawa kepada kenaikan pangkat sebagai
Leftenan Muda Nur Hanim Aina bt. Hassim.

dan impian Pok su adil pulak..memegang dan mencuba sendiri senjata api yang sebenar di dalam pameran ATM ni..



Okey macam ni la gelagat adik bongsu anum a.k.a Pok su adil buat anak-anak ku..
dia seronok bergambar dengan senjata yang di pamerkan.. alhamdulilah.. dan kini dia masih menuntut di sebuah pusat latihan swasta dan bercita-cita menjadi pegawai safety and health pada suatu hari nanti insyallah..
jumpa lagi, wassalamualaikum.

Wednesday, July 6, 2011

bila papa teringin nak makan sushi..

Assalammualaikum w.b.t..

Menu hari ni papa nak makan sushi.. Waa senang je orang tu orderkan.. papa call petang tu nak makan sushi.. jadi dah ada prepare sikit-sikit barang nak buat sushi.. akhirnya malam ni ku buat dan jadi.. puaslah siang tu anum tengok video kat yahoo.. cara-cara nak buat sushi.. manalah anum tahu nak buat.. tapi orait lah.. hajat papa anum tunaikan .. haa makan lah sushi tu sampai kembong perut..

Ini gelagat dan aksi kami anak beranak mengadap hidangan sushi sedulang penuh .. anum buat menggunakan 2 cawan nasi sushi, timun jepun 2 batang, sosej ayam rebus 3 batang, telur dadar 3 biji.. dan inilah hasilnya.. 7 role batang sushi.. yang dah siap di potong. makan dengan wasabi ni..mau berair mata dan bergas la hidung tu.. hehehe.. selerakan tengok orang tu makan sushi..



hai si abang ni pun sebelum makan tanya dulu ingredient kat dalam sushi ni.. " mama ni apa ni, jawab anum sushi la abang.. makan lah.. tapi si abang ni tak puas hati lagi bertanya.. "apa dia ni.. siap tunjuk lagi.. hahaha.. oo ni mama letak telur dadar lah abang.. " dan puas hati bertanya nak tahu dia buat apa.. dia makan telur je.. sushi yang bernasi tu dia letak tepi.. hai.. sayang penat mama gulung kat dapur tadi..
si adam pulak nak makan nasi sushi je.. ok lah janji ada makan sikit kan.. tapi makan ala jepun ni kita boleh pelbagaikan ikut selera kita, letak sardin ke, sambal tumis bilis atau apa2 saja.. haa next time anum nak guna serunding daging.. hehehe.. best juga.. tapi tak panggil sushi jepun la.. sushi melayu..

ni pulak gambar selepas selesai kami mengadap sepinggan sushi..

jumpa lagi wassalammualaikum.

happy birthday adam danish..

Assalammualaikum semua..

Pada 29 hb June 2011.. genaplah setahun umur anak kedua anum iaitu Muhammad Adam Danish..
' Selamat hari lahir anak mama.. mama doakan semoga anak mama sihat dan di rahmati Allah s.w.t sentiasa dimurahkan rezeki dan ceria selalu..'


alhamdulilah.. selama anum menjaga sendiri anak-anak anum, adam alhamdulilah dia tak banyak ada masalah kesihatan.. dan makin bulat adalah hahaha.. tapi bulat2 pun dia tetap cute..
dan si abang nya pulak alhamdulilah makin aktif dan bijak.. hehehe.. dah banyak cakap..

Sempena birthday adam bulan june ni mama buat kek special lah.. tapi kena share ngan papa tau.. maklum lah.. masa birthday papa pada 21 hb june tu.. mama ada buat kek juga tapi x berapa jadi. sekarang kek mama buat lebih.. ada cup cake dan kek sebiji.. cukuplah untuk kami berempat..



simple je tapi sekali tengok.. amboi teruknya tangan yang buat deco kat kek ni.. hahaha.. tapi yang pasti kek ni pun habis juga..
jumpa lagi wassalam.

buat pagar baru kat rumah..

Assalamualaikum w.b.t

Hari post blog anum tentang satu pembinaan pagar batu yang suami anum buat untuk keselesaan keluarga dan tempat untuk anak anum bermain..




Alhamdulilah.. bila ada rezeki lebih suami anum ada merancang untuk buat pagar baru.. kata nya nak bagi selesakan anak-anak dan keluarga yang datang.. biasa nya bila ada family kami yang datang.. mereka akan parking kereta di luar rumah.. jadi bila dah buat pagar dan simen di tepi halaman rumah ni suami anum cakap boleh mereka parking kat dalam pagar.. lagipun kalu nak buat sesuatu majlis keluarga ke tak de lah segan sangat dengan jiran sebelah..


Tengok jelah gelagat dua beradik ni.. bila dapat keluar rumah mereka gembira dapat bermain basikal dan kereta mainan tu.. lagi pun tak da bimbang sangat kalu diaorang ni main kat dalam pagar.. kalau kat luar tu bimbang kan kereta dan motor yang lalu lalang..





Baiklah, insyallah kita sambung lagi di lain page blog 'my family 'anum ni.. blog ni hanyalah bingkisan dan rutin biasa dalam family anum dan diri anum sepanjang anum menjaga kedua permata hari keluarga kami ni..
Wassalammualaikum.

sekitar majlis perkahwinan sepupu anum..

Assalammualaikum w.b.t..

Alhamdulilah pada 28 hb may 2011 kami sekeluarga pulang ke kampung..kerana ada majlis perkhawinan sepupu anum iaitu Asyraf dan Nik

Majlis perkhawinan sebelah perempuan berlangsung di padang jambu dungun. manakala majlis perkhawinan sebelah lelaki di kg. landas

inilah gambar-gambar yang sempat anum snap semasa hadir di majlis perkhawinan sebelah perempuan..




Gambar - gambar majlis perkhawinan sebelah lelaki di kg. Landas

keluarga anum membantu dalam penyediaan makan beradab ni.. memang seronok bersama-sama mak abah dan adik-adik menyiapkan meja makan beradab ni..

Tengok jelah gelagat mak abah dan ejum di khemah tu.. anum pulak sambil-sambil tu siapkan meja di depan.. jadi pingggan mangkuk dan aturan hidangan.. anum buat le.. tapi takde lah expert like my father and my mom.. they are great chef at kitchen tau.. mak anum pandai masak, abah anum pulak pandai buat hiasan makanan dan gubah bunga..



alhamdulilah.. semua majlis berjalan lancar.. dan sempat juga adik anum ni snap gambar anak-anak anum yang keletihan sepanjang majlis perkhawinan ni.. dan buat sepupu anum selamat pengantin baru dan berbahagia selamanya..
wassalammualaikum.