Monday, February 21, 2011

ragam kami anak beranak..

Assalammualaikum w.b.t

Bersyukur kepada Allah.. dengan berkat dan rahmatnya kita masih boleh bersama kembali..

Terima kasih Allah kerana mengurniakan kami kebahagiaan dalam rumah tanggga ini.. dengan kehadiran anak-anak yang menjadikan hubungan kami sekeluarga ini makin kukuh dan mendamaikan.. terima kasih buat family kami kerana dengan berkat dan doa ibubapa serta kaum keluarga..kami bahagia.. semoga berkekalan selamanya.




Alh
amdulilah.. anak sulung anum Muhammad Darwisy Danish sekarang berumur 2tahun lebih dan akan berusia 3 tahun pada bulan Oktober ini.. Syukurlah.. selepas keluar dari ICU dahulu.. anum membuat keputusan untuk berhenti kerja dan mahu menjaga anak anum sepenuhnya.. dan banyak perkara baik berlaku selepas itu..



alhamdulilah.. tahun 2010 adalah tahun yang banyak kenangan manis.. antaranya.. selepas darwisy sihat kembali.. anum disahkan sedang mengandung anak kedua kami .. dapat beli rumah di Shah Alam 2 Bandar Puncak Alam, selamat melahirkan anak kedua kami pada bulan june dan bercuti bersama keluarga..

Anak kedua a
num selamat dilahirkan pada bulan june.. dan kelahiran anum kali ini juga pramatang.. tetapi anak selamat dengan berat 2.57kg serta bebas daripada G6PD..
Muhammad A
dam Danish nama yang dipilih buat permata hati kami yang kedua ini.. dan apa yang paling tak akan anum lupakan ialah suami anum turut serta bersama-sama anum semasa anum sedang melahirkan Adam.. terima kasih Sayang..


Dan kini.. anak-anak anum makin membesar dengan sihat, ceria dan aktif.. baik abangnya.. ataupun adiknya.. dua-dua boleh tahan lasaknya.. mama dia gak kadang-kadang dah tak larat nak kejar.. mulut pun faham-faham jelah.. agak bising.. bukan apa.. kebimbangan ibu tu.. takut jatuhlah.. takut termakan sesuatu ke.. " bab kata emak.. along dah ada anak ni.. mata, telinga, tangan dan kaki kena jadi 10 dah bukan 2 dah.. hehehehe.. bukan apa maksud emak anum tu.. kena lebih Peka, Perihatin dan Berjaga-jaga.. lagipun sapa tak sayang CUCU oii.. anak-anak dan menantu dah jatuh tempat ke-2,3 @4 dah.. hehehe..

Okeylah.. tak larat dan mata nak menaip ni.. masa ni jelah dapat update
my family blog ..berjumpa lagi di lain masa..

Wassalammualaikum...

Saturday, February 19, 2011

my new life story 2011

Assalammualaikum w.b.t

Lama nya anum menyepi dari penulisan blogger keluarga anum ni.. rindu nak menaip lagi tapi masa kini banyak mencemburui ku.. hehehe.. maklumlah.. kini dah jadi fully Housewife.. jadi masa tu lebih kepada hal menguruskan rumahtangga dan anak-anak yang makin membesar di mata..

Anak-anak..? hehehe.. sekarang ni blog ini secara rasminya akan bertukar nama dan kini keluarga kami bukan lagi hanya bertiga tapi berempat dengan kehadiran cahaya mata kami yang kedua iaitu Muhammad Adam Danish.. anak kedua anum ini selamat dilahirkan pada 29 jun 2010.. di hospital putrajaya.. alhamdulilah.. sekarang anak anum dah berumur 9bulan.. nanti anum akan ceritakan hal anak anum di laman yang lain..

Dan oleh kerana dah jadi housewife.. masa anum banyak di isi dengan membesarkan anak-anak.. melayan kerenah mereka yang kadang-kadang memeningkan lagi pun darwisy kini akan berumur 3 tahun pada bulan 10 tahun ini.. jadi apa yang si abang tu dah pandai.. macam2.. kalu cerita tak akan habisnya dalam page ni.. jadi yang pasti.. dua-dua dah pandai bermain bersama dan abang adik ni juga pandai bergurau senda.. tapi gaduh tu adalah juga.. dek kerana adik sekarang ni dah belajar berdiri dan suka berpaut pada basikal abang nya.. hehehe..

Baiklah setakat ni dulu.. anum akan curi masa lagi untuk tulis dalam blog keluarga anum ni.. kepada kawan- kawan yang sudi membaca blog keluarga ni terima kasih anum ucapkan..

wassalammualaikum w.b.t